Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Sebenarnya, berlaku sedikit hiccup dalam pemasangan penghawa dingin di MYZACRAFT. Pada mulanya, kami telah membuat tempahan pemasangan siap dengan pihak kedai, tetapi setelah lama menunggu tanpa sebarang perkembangan, kami terpaksa membatalkannya melalui Shopee memandangkan masa semakin suntuk — tinggal seminggu sahaja.
Selepas pembatalan itu, kami cuba cari installer di kawasan sekitar. Ada juga yang kami jumpa, tapi masing-masing ada halangan tertentu. Akhirnya, alhamdulillah, urusan pemasangan selesai dengan bantuan installer yang lebih responsif dan profesional.
Walaupun tak sempat rakam banyak gambar atau video, syukur semuanya selesai dengan baik. Sekarang penghawa dingin berfungsi dengan sempurna — sejuk dan memuaskan.
Terima kasih atas sokongan semua. Doakan agar setiap urusan kami sentiasa dipermudahkan.